Saturday, October 11, 2008

Pendapatan Akitif & Pasif

Maybe anda semua pernah dgr mengenai

perbezaan Pendapatan Aktif & Pasif

Tapi mungkin ramai yg buat2 lupa / tidak tahu..jadi hari ni
Jika anda sudah terlupa, saya ingatkan semula disini:

Pendapatan Aktif : Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.

(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif :
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa
banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:


- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh
berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga
mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual.
Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif.
Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap
bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.


Berapa peratuskah hasil
pendapatan anda adalah pasif?

Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif.
Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan
apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca
pendapatan pasif setiap tahun!


Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:


“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya
luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?”

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai
masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan
mula sibukkan diri anda.


No comments: